Aug 30, 2013

#5Syawal : Wedding Pak Uda & Mak De (Part 1)



" If you start by promising what you don't even have yet, 
you'll lose your desire to work towards getting it."
Paulo Coelho



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Semalam cerita raya saya di Kangar, Perlis. Harini saya cerita pasal raya di Perak pulak. Kami sampai di Bota, Perak pagi Sabtu (Raya Ketiga). Raya kedua sampai raya keempat tak ada gambar. Malas pulak nak snap gambar masa tu. Kebetulan saya dan Mr Kudud tak berjalan mana sangat sebab kami berehat dan luangkan masa dengan parents saya. Raya keempat baru kami ke Tanjung Piandang, kampung abah saya untuk menghadiri majlis kenduri kawin bapa saudara tiri saya. Haritu kami join rombongan pengantin lelaki bersama dengan seluruh ahli keluarga ke rumah pengantin perempuan


{ Tanjung Piandang, Perak. 12 Ogos 2013 }


Saya jarang balik kampung abah saya ni..tapi sekali sekala balik macam ni memang seronok sebab kampung abah saya ni terletak di tengah-tengah kawasan sawah padi dan tepi laut. Rata-rata penduduk di sana bekerja sendiri seperti nelayan dan pesawah padi. Cool kan? Berbalik kepada cerita kenduri kawin Pak Uda & Mak De ni..sampai je kat rumah Mak De, kami disambut penuh meriah. Jarang orang buat kenduri kawin hari Isnin..sebab selalunya orang bekerja. Tapi kat sana...kenduri dibuat hari bekerja adalah perkara biasa. Seperti saya cakap tadi...kebanyakkan penduduk kampung kat sana bekerja sendiri. Memang tak ada masalah.


Saya, Mr Kudud dan mak saya duduk di meja pengantin. Fuh...lauk pengantin memang best laa..Mana taknya ada lauk ikan siakap dan udang fresh. Kat sana seafood memang senang nak dapat yang fresh sebab dekat dengan laut. Kat sana famous dengan kari ikan sembilang..kat KL ni memang payah nak dapatlah kan...huhu. Habis je makan...seperti biasa...saya dan mak semestinya camwhoring dulu kan..nama pun anak dan mak..perangai sama je...hehe. Lepas tu abah saya belanja makan ais krim..ok rasa macam dah bertahun tak makan *AISKRIMKONPAKCIKNAIKMOTOR*  macam tu. Terus panggil Mr Kudud..' tolong amik gambar i makan ais krim. nak post kat Instagram !'


Inilah rupa pengantin yang diraikan haritu. Pak Uda dan Mak De saya. Pak Uda ni sebaya dengan adik bongsu saya, Akmal. Cantik pengantin pakai busana warna merah haritu. Macam pinang dibelah dua...cewaahhh! Anyway...selamat pengantin baru buat Pak Uda & Mak De. Semoga berpanjangan ke anak cucu.


Habis kenduri di rumah Mak De...kami rehat sekejap lepas tu terus bersiap-siap untuk rewang pulak. Kenduri sebelah lelaki pada keesokkan harinya. Tak ada katering ya. Semua masak sendiri. Semua ahli keluarga take part dan ada bahagian kerja masing-masing. Malam pulak ada makan-makan di luar rumah. Menu special - sup kaki lembu dan nasi arab. Resepi dan dimasak oleh abah saya dan dibantu oleh ahli keluarga yang lain. Dia memang pandai masak lauk-pauk untuk kenduri. Beruntung kami dapat abah pandai masak...hehe. Makanya saya terpaksa lagi menternak lemak malam tu sebab sup kaki lembu tu favourite saya. Ah...belasah je la...setahun sekali!!



Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME :

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

14 comments:

Cik Itah said...

nampak meriahnya majlisnya :)

p/s sempat lagi makan aiskrim eh hehe

cha said...

bestnya kampung dekat dgn laut dan sawah. udang tu temptingnyaaa :O

mamawana said...

Salam sayang Liza razak

Meriahnyer majliss... nak eskim..terliok ni

ZULHILMI TEMPOYAK said...

awesome moment.. :)

Anonymous said...

syok je berjalan time raya2 nie..huhu
ish buat trliur je sebut pasal sup nie

زليخا said...

fuh.kenduri ari isnin.

Zura said...

dh lama tk mkn eskrem kon gitu..

Liza Razak said...

@Cik Itah@Rama Rama Pendek : tu laa pasal...sempat lagi makan ice cream..hehe

Liza Razak said...

@cha : tu la..nak pulak udang fresh..hehe

Liza Razak said...

@mamawana : kalau teringin..cepat2 beli ice cream :)

Liza Razak said...

@zulhilmi tempoyak : very true :)

Liza Razak said...

@auni shahira : tu laa beraya yang paling best sekali :)

Liza Razak said...

@mujahidah maisarah : tu laa..pelik tetapi benar...hehe

Liza Razak said...

@Zura Lee : kat kl ni payah beno nak dapat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...